Kopi Putih Kacang Hazel
RM21.90
Cita Rasa Istimewa, Aroma Memikat
Gabungan tiga jenis biji kopi pilihan iaitu Arabica, Robusta dan Liberica, dipadukan dengan rasa hazelnut yang istimewa bagi menghasilkan kopi putih kacang hazel dengan cita rasa yang tersendiri. Melalui proses pemanggangan selama beberapa jam pada suhu sederhana rendah, kopi ini menghasilkan aroma yang harum dan rasa yang kaya serta pekat. Setiap hirupan menyerlahkan keharuman kopi putih dengan sentuhan rasa hazelnut yang lembut dan beraroma kacang.
Saiz Kotak:
40g x 10 sachet (400g)
Cara Penyediaan:
Tuangkan kandungan sachet ke dalam cawan. Tambah 170ml air panas. Kacau dan hidangkan!





